From the Pengetua
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Tan dan Pn Nadzihah yang mengetuai pasukan-pasukan untuk memastikan Hari Orientasi 31.12.10 dan Hari Persekolahan pertama 3.1.11 dijalankan dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru AJK dan guru-guru yang lain yang memberi kerjasama dan usaha yang bersungguh-sungguh memastikan semua yang dirancangkan dijalan dengan baik. 'It is a good start and an example for others to follow'. Pn Rohana bt Ismail dari Jemaah Nazir yang datang memantau MGS memuji bahawa disiplin murid adalah baik, pengurusan dijalankan dengan jayanya dan penyediaan semua dokumen siap. Teruskan tahap kecemerlangan ini dan diharapkan dalam segala tugasan di sekolah yang akan datang, kita sentiasa melakukan dengan sikap yang positif dan terbuka dan minda yang cemerlang.
'Onward, onward MGS!'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.