Friday, July 31, 2009

SECONDARY SCHOOL ENERGY EFFICIENCY ACTION PROJECT (SSEEAP) 2009






Dear teachers of MGSKL,

Refer to the above subject, as you all know that our school is currently running the Secondary School Energy Efficiency Action Project (SSEEAP) which the main objective of this project is to raise the awareness and build the capacity of students, teachers and staff of MGSKL to access our school energy usage (primarily electricity) in order to motivate us to reduce our use of energy to sustainable levels, thereby also lowering our greenhouse gas (GHG) emissions and reducing our climate change ecological footprints.

Here are some of the basic information about energy efficiency.

Energy Efficiency

What is energy efficiency?

Simply put, energy efficiency means using less energy to accomplish the same task. Take the example of boiling water, which option would save more energy? a) use an electrical kettle to boil water or b) use a traditional kettle using gas to boil water. Using a traditional kettle on a gas stove is much more energy efficient from especially system approach.

To be energy efficient is easy. You just need to monitor your use of energy. There are simple changes you can make around the house to save energy, which will save you money as well.


Why is it important?

More efficient use of energy throughout our country results in less money spent on energy by homeowners, schools, government agencies, businesses, and industries. The money that would have been spent on energy can instead be spent on consumer goods, education, services, and products.

As individuals, your home has a direct impact on the environment. Power stations that provide our electricity, generally burn fossil fuels to supply our energy needs. Cars and motorcycles also burn fossil fuels. By burning fossil fuels, large amounts of gases are released into the atmosphere, causing an increase in temperature. This leads to what is known as the greenhouse effect, which is causing global warming. In addition other air pollutants are also generated. All of which impact negatively on our environment.

By being wasteful in energy usage means more energy is being consumed. For example, a normal bulb requires additional units of energy compared to an energy efficient one. These additional units of energy mean more burning of fossil fuels. And this increases the polluting gases in the atmosphere. That is why it is necessary to identify the energy being wasted in the home, and make the necessary adjustments, that will not only help you save money, but will help preserve our environment.

Calender of Event - PROGRAM AMALAN CEKAP TENAGA BAGI SEKOLAH MENENGAH (SSEEAP)

No

Aktiviti / Program

Tarikh

Tindakan

1

Jemputan untuk menyertai Program SSEEAP

5 Januari 2009

Pn Chia,Cik Low

Pn Tan, Pn Goh

2

Penubuhan AJK SSEEAP

29 Januari 2009

3

Soal selidik tentang SUMBER TENAGA terhadap pelajar dan Guru sebelum Ceramah

25 Februari 2009

AJK

4

Penerangan Program Amalan Cekap Tenaga Ceramah pertunjukan TMK

26 Februari 2009

En Anthony Tan Kee Huat

5

Penyerahan poster 'Amalan Jimat Tenaga' kepada guru dan pelajar dan seterusnya Pelancaran Kampen SSEEAP

27 Februari 2009

Pn Chia, AJK

6

Penyerahan & Penampalan Poster di sekeliling sekolah

Februari - Mac

AJK

7

Bengkel Kesedaran Penjimatan Elektirk dan penerangan pemeriksaan elektrik dengan Lembaga pengawas, kapten kelas /leftenan

26 Februari 2009

Cik Salbiah,Pn Goh,

Pn Mariani & AJK

8

Perjumpaan dengan ketua / penolong ketua pengawas tentang keberkesanan program

11 Mac 2009

Pn Goh, Nikki Lian & AJK Pengawas

9

Aktiviti mengenal pasti bilangan alat elektrik di sekitar sekolah

11 Mac 2009

25 Mac 2009

10

Pemeriksaan penggunaan Kipas dan Lampu di Bilik Darjah pada

Sesi Pagi a) 7.10 pagi b) 5 minit sebelum rehat

c) 5 minit sebelum balik

Sesi Petang b) 5 minit sebelum rehat

c) 5 minit sebelum balik

30 Mac 2009

31 Ogos 2009

AJK , & Pengawas

11

Pelancaran Program Amalan Cekap Tenaga Peringkat Sekolah

1 April 2009

Pn Chia

12

Pengenalan pokok-pokok dan Bunga disekitar sekolah

6 April 2009

Pn Goh, Pn Halijah & AJK

13

Jemputan ke Pelancaran SSEEAP oleh pegawai kementerian

15 April 2009

AJK

14

Pengiraan BASE LINE Sekolah

26 Februari 2009

Pn Goh & AJK

15

Pelancaran Indoor plant di setiap Bilik Darjah

20 April 2009

Perhimpunan

Pn Goh, Pn Halijah & AJK

16

Buku Skrap

Mei- Ogos

Bidang Bahasa

17

Mencipta Kipas Tangan daripada kertas & Bahan Terbuang

Mei- Ogos

Panitia Seni

18

Compost

April-Agos

AJK Taekwando

KEAHLIAN GURU SISWAZAH DALAM PERSATUAN PEGAWAI PERKHIMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MALAYSIA CAWANGAN KUALA LUMPUR (PPPPSMWPKL)




Kepada semua guru,

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa PPPSM WPKL menggalakkan semua guru siswazah di sekolah MGSKL menjadi ahli kepada PPPSM WPKL.

Bersama-sama ini disertakan dengan buletin PPPSM WPKL dan aktiviti tahunan PPPSM WPKL 2007/2008 untuk makluman guru.

Sekiranya ada guru yang berminat, sila dapatkan borang permohonan daripada saya.

Sekian terima kasih

Tuesday, July 28, 2009

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

LAPORAN PROJEK KHAS

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

KADET REMAJA SEKOLAH

“HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN”

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

Tempat: Rumah Perlindungan Rahoma

No 45, Jalan 2/5A,

Taman Melati,

53100 Kuala Lumpur.


Objektif:

1. Memupuk perasaan kasih sayang dan prihatin kepada insan yang memerlukan.

2. Membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.

3. Memperolehi pengalaman yang berharga merasai kesusahan yang dialami oleh mereka.

4. Memotivasikan mereka untuk lebih bersemangat menghadapi kehidupan yang serba mencabar.

5. Berkongsi ilmu untuk mempelajari teknik belajar yang lebih berkesan untuk kecemerlangan akademik.

6. Beramah mesra dengan mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Pelaksanaan Program

Seramai 31 orang peserta KRS dan 3 orang guru penasihat telah bertolak ke Rumah Perlindungan Rahoma. Kami bertolak kira-kira pada pukul 7.15 pagi dan tiba pada pukul 7.50 pagi. Setiba di sana kami telah disambut baik oleh Pengurus, Puan Rozita dan anak-anak yatim Rumah Perlindungan Rahoma.

Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan melakukan aktiviti pertama iaitu senaman bersama-sama anak-anak Rahoma. Kemudian diikuti dengan sesi suaikenal. Dalam sesi ini setiap peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing. Peserta KRS mahupun Rahoma telah memberikan kerjasama yang baik dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Aktiviti seterusnya ialah ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Puan Nor Rainah yang merupakan kaunselor di SMK (P) Methodist, KL. Pada sesi ini, peserta didedahkan dengan cara-cara belajar yang berkesan. Sesi ini bertujuan meningkatkan motivasi peserta khususnya anak-anak Rahoma. Anak-anak Rahoma telah diberi peluang untuk berkongsi cerita dan pengalaman dalam sesi ini. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang lain.

Selepas ceramah motivasi, peserta diberi masa 30 minit untuk minum pagi. Selesai minum pagi, acara diteruskan lagi dengan aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan hubungan antara setiap peserta dan memberi kesempatan kepada mereka untuk beramah-mesra. Dalam aktiviti ini, peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah gabungan daripada KRS dan anak-anak Rahoma. Mereka perlu menyiapkan poster yang mengambarkan tentang kumpulan masing-masing. Disamping poster, mereka juga dikehendaki menyediakan satu persembahan. Hasil setiap kumpulan dibentangkan dalam sesi pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, dapat dilihat setiap peserta bekerjasama, saling bantu-membantu dan menunjukkan semangat satu kumpulan.

Pada pukul 1.00 petang, acara dihentikan untuk makan tengah hari dan solat berjemaah. Selepas solat, peserta diberikan tazkirah oleh Ustazah Azamah yang juga merupakan seorang sukarelawan. Sesi ini bertujuan memberi bimbingan rohani kepada setiap peserta program dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Selesai tazkirah, pada pukul 2.30 petang, peserta dikehendaki bersedia untuk aktiviti permainan. Aktiviti dikendalikan oleh KRS yang diketuai Saudari Wan Syazwani. Peserta dibawa ke taman permainan berdekatan dan mereka kekal dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti ini, mereka telah bermain beberapa jenis permainan seperti bawa bola guna gelung, botol beracun dan pancing botol. Ketika aktiviti ini berlangsung, dapat dilihat keakraban terjalin antara pelajar-pelajar KRS dan anak-anak Rahoma. Permainan berakhir pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Selepas permainan, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sumbangan. Tetamu jemputan daripada Syarikat UniAsia Life Assurance iaitu Encik Raymond Lew (Chief Officer of Bank Assurance & Alternative Distribution), Encik Latiff dan Puan Wati telah hadir untuk memeriahkan lagi acara pada petang tersebut. Turut hadir pada majlis ini ialah Puan Tan Suah Lee (Penolong Kanan 1) dan Cik Low Mai Keok (Penolong Kanan Kokurikulum) daripada SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur.

Encik Raymond Lew telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Syarikat UniAsia sebanyak RM2000.00 dan 37 set mewarna kepada Rumah Perlindungan Rahoma. Sumbangan ini telah diterima oleh Timbalan Pengerusi Rumah Perlindungan Rahoma sendiri iaitu Puan Rubiah binti Mohd Nor. Sumbangan lain turut juga disampaikan oleh Puan Tan Suah Lee dan Cik Low Mai Keok sebagai wakil sekolah SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur. Sumbangan tersebut berupa wang tunai RM1250.00 kepada anak-anak Rahoma, RM1000.00 kepada Rumah Perlindungan Rahoma, hamper dan barangan keperluan asas.

Program ini telah diakhiri dengan sesi bergambar di antara Warga Rumah Perlindungan Rahoma bersama-sama tetamu jemputan daripada Syarikat UniAsia Life Assurance dan Warga SMK (P) Methodist, KL. Selesai sesi tersebut, semua dihidangkan dengan minum petang dan bersurai. Majlis telah berakhir pada kira-kira pukul 5.30 petang.