Lawatan ke Rumah Stepping Stone Living Centre
Tarikh: 25 Julai 2009
Tempat: Stepping Stone Living Center, Seputeh
Persatuan Pandu Puteri Renjer SMK (P) Methodist Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim pada hari Sabtu bersamaan dengan 25 Julai 2009. Lawatan ini telah disertai oleh 35 orang ahli dari Persatuan Pandu Puteri Renjer dan Remaja dan dua orang guru penasihat.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti persatuan kami yang jug merupakan salah satu objektif persatuan kami iaitu memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Melalui lawatan ini ahli-ahli pandu puteri dapat mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan. Antaranya ialah mereka dapat mengetahui erti kasih sayang.
Rombongan ini bertolak dari SMK (P) Methodist pada pukul 9.30 pagi dan tiba di stepping stone living center pada pukul 10.00 pagi. Selepas tiba di sana, guru penasihat kami, Pn. Lim Hooi Kean telah menerangkan tujuan kami melawat ke rumah anak-anak yatim itu.
Pertama sekali, semua anak-anak yatim di sana telah berkumpul di sebuah dewan di rumah tersebut. Selepas itu, kami telah memulakan aktiviti kami yang pertama iaitu sesi pengenalan ahli pandu puteri dengan anak-anak yatim di sana. Aktiviti ini telah dijalankan selama 15 minit. Selepas sesi pengenalan persembahan tarian dan nyanyian telah diadakan untuk menghiburkan anak-anak yatim di sana. Mereka juga turut serta dalam aktiviti ini.
Selepas persembahan tarian dan nyanyian kami mengadakan permainan selama 30 minit. Selepas tamat permainan kami telah memberi haidah kepada pemenang-pemenang. Pada puku 11.30 pagi guru penasihat kami telah mendermakan barangan 'peace pack' yang mengandungi barangan keperluan anak-anak yatim tersebut seperti buku latihan, pensil dan barangan keperluan harian mereka. Pada pukul 12.00tgh semua ahli pandu puteri bersedia untuk bertolak ke sekolah. Sebelum bertolak kami mengambil gambar dengan semua anak-anak yatima di rumah tersebut sebagai kenangan kami.
Lawatan ini telah berhasil memberikan kesedaran kepada kami tentang kehidupan yang dilalui oleh anak-anak yatim di rumah tersebut. Selain itu, lawatan ini juga telah memberikan kesedaran kepada kami tentang kepentingan ibu bapa dalam diri seorang individu. Tambahan pula, lawatan ini juga memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat untuk membentuk anak-anak yang mempunyai sebuah keluarga yang sempurna. Oleh itu, kami berharap agar tidak wujud lagi anak-anak tanpa ibu bapa.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWell Done, Pandu Puteri Renjer of MGSKL.Glad that you have learned & had fun. How many " Peace Packs" have you donated to the orphans? Where is your source of finance?
ReplyDelete